Thursday 8 December 2016

Majlis Penyerahan Basikal Untuk Murid tahun 6 Sesi 2016

Pada 8 Disember 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu telah mengadakan Majlis Penyerahan Basikal kepada murid tahun 6 sesi 2016. Hadiah yang berupa 64 buah basikal ini adalah hasil sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk Tan Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Ahli Parlimen P. 139 Santubong.


Semua ibu bapa dan murid-murid tahun 6 dijemput datang ke Majlis tersebut untuk menerima sumbangan. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bumiputera.
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Kaunselor Abdul Razak bin Abdul Wahab menyatakan rasa kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Haji Wan Junaidi di atas sumbangan beliau yang tidak terkira di Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Beliau juga menyatakan bahawa dengan adanya basikal ini, mampu menyuntik semangat murid-murid Tahun 6 untuk melangkah ke alam sekolah menengah dengan penuh keyakinan.
Turut dijemput, pegawai dari bahagian Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Lundu, Encik Samad untuk memberi ceramah pendek mengenai keselamatan ketika menunggang basikal. Beliau memberitahu bahawa murid-murid hendaklah memastikan bahawa mereka mematuhi setiap peraturan jalan raya dan tidak menunggang basikal secara sambil lewa. Beliau juga berpesan supaya sentiasa memastikan keselamatan diri dan orang keliling apabila menunggang basikal.

Majlis diakhiri dengan juadah ringan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bumiputera untuk tetamu-tetamu jempuitan.