Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017 - Bahagian 1

16 MEI 2017... Tarikh keramat bagi semu cikgu di seluruh Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Bumiputera juga tidak terkecuali menyambut Hari Guru untuk peringkat sekolah. Hari Guru dimulakan dengan membuat perhimpunan rasmi di Dewan PIBG sekolah. Guru kemudiannya berarak masuk dan disambut oleh badan pengawas sekolah, Ahli Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Ahli Student Voice Group (SVG). Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan juga "|Ibu Pertiwiku". majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ketua Pengawas Muhamad Alif Aminurashid bin Poniman dan diteruskan dengan ucapan perutusan Hari Guru serta perasmian majlis oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Encik Jumat bin Suhaili.





Saturday 8 April 2017

PROGRAM JOM GOHET

Pada 8 April 2017, Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah mengadakan Program Jom Gohet di mana murid-murid dan guru berbasikal di daerah lundu pada hari tersebut.

Tuesday 4 April 2017

Student Voice Group Sekolah Kebangsaan Bumiputera

Student Voice Group atau dikenali juga sebagai SVG merupakan satu cara untuk melihat pihak sekolah memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka di dalam memberi sumbangan kepada sekolah di samping membantu meningkat keupayaan dan keyakinan diri mereka. 

4 April menyaksikan secara rasminya murid-murid terpilih disampaikan watikah perlantikan yang membuktikan mereka adalah Little Ambassador untuk Sekolah Kebangsaan Bumiputera (Sekolah Amanah).


SENARAI NAMA MURID YANG DILANTIK SEBAGAI SVG
BIL
NAMA
KELAS
1.
NUR FATIHAH BINTI ISNAN
1 YAKIN
2.
KAYLIE QAFFY AK JIKE
1 JUJUR
3.
MOHD. NAUFAL AMSYAR BIN MOHD NAJMI
2 SABAR
4.
NUR SYIFA BINTI MOHD. ISKANDA
2 SABAR
5.
MOHD. HANIF DZAQWAN BIN MATSAH
2 IKHLAS
6.
OLIVIA FITRISYAH ABDULLAH
3 BESTARI
7.
IZZUDIN BIN KHAIRIL
3 BESTARI
8.
NUR FAIQ ZAIM BIN ROZAIMI
3 BIJAK
9.
JONATHAN ANDRIAN DENNYSIUS
3 BIJAK
10.
NUR ARDIYANA SOFEA BINTI ARDUAN
4 CERDIK
11.
GEORGE EZEKIEL AK WAN MOHAMMAD
4 PINTAR
12.
NUR ALIYA BINTI AJAHARI
5 CERDAS
13.
NUR ZA’ATI ZAHARA BINTI ROZAIMI
5 INTELEK
14.
MUHAMMAD SYAKIR BIN GAPOR
4 PINTAR
15.
ELDRANE RIQUEL  AK UNCHU
4 CERDIK
16.
MUHD. AIMAN BIN ZAIDI
4 CERDIK


Sunday 2 April 2017

PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN BUMIPUTERA

Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah mengadakan penyampaian Watikah untuk 32 orang pengawas sekolah yang telah dilantik dan telah menjalani latihan selama empat bulan di dalam perhimpunan sekolah. Pada hari ini juga, Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas telah dilantik secara rasminya untuk sesi 2017.
Untuk Pengawas Sekolah bagi Sesi 2017, Ketua Pengawas bagi sesi ini adalah Alif Aminurashid bin Poniman dan dibantu oleh Penolong Ketua Pengawas ialah Riana ak Roland.

Menyusun Watikah dan Jaket Pengawas.












KETUA PENGAWAS SEKOLAH MUHAMAD ALIF AMINURASHID BIN PONIMAN

PENOLONG KETUA PENGAWAS RIANA AK ROLAND













Tuesday 21 February 2017

LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN KE PRASEKOLAH SK BUMIPUTERA

Tarikh : 09.02.2017
Hari     : Khamis
Tempat           : Prasekolah SK Bumiputera
Aktiviti            :
1. Gotong-royong Perdana di Prasekolah SK Bumiputera oleh anggota BSKN dan askar wataniah bermula pukul 9.30 pagi.
2. Pertandingan mewarna dan kuiz mudah kanak-kanak prasekolah.
3. YB MENHAN bersama kanak-kanak prasekolah.

4. Penanaman anak pokok oleh YB  Datuk Hishamudin  di kawasan Prasekolah.













Friday 6 January 2017

Majlis Penyerahan Sumbangan Alat Tulis daripada Menua Borneo Sdn Bhd

Pada 6 Januari 2017, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bumiputera telah menerima sumbangan berbentuk alat tulis untuk pelajar kurang berkemampuan daripada pihak Menua Borneo Sdn Bhd.