Pada 8
Disember 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bumiputera
Lundu telah mengadakan Majlis Penyerahan Basikal kepada murid tahun 6 sesi
2016. Hadiah yang berupa 64 buah basikal ini adalah hasil sumbangan daripada Yang
Berhormat Datuk Tan Sri Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar Malaysia. Ahli Parlimen P. 139 Santubong.
Semua ibu
bapa dan murid-murid tahun 6 dijemput datang ke Majlis tersebut untuk menerima
sumbangan. Majlis tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi bertempat di tapak
perhimpunan Sekolah Kebangsaan Bumiputera.
Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Kaunselor Abdul Razak bin Abdul
Wahab menyatakan rasa kesyukuran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tan Sri Haji Wan Junaidi di atas sumbangan beliau yang tidak
terkira di Sekolah Kebangsaan Bumiputera, Beliau juga menyatakan bahawa dengan
adanya basikal ini, mampu menyuntik semangat murid-murid Tahun 6 untuk
melangkah ke alam sekolah menengah dengan penuh keyakinan.
Turut
dijemput, pegawai dari bahagian Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Lundu, Encik
Samad untuk memberi ceramah pendek mengenai keselamatan ketika menunggang
basikal. Beliau memberitahu bahawa murid-murid hendaklah memastikan bahawa
mereka mematuhi setiap peraturan jalan raya dan tidak menunggang basikal secara
sambil lewa. Beliau juga berpesan supaya sentiasa memastikan keselamatan diri
dan orang keliling apabila menunggang basikal.
Majlis
diakhiri dengan juadah ringan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bumiputera untuk tetamu-tetamu jempuitan.